Sunday, September 6, 2015

Change

Assalamualaikum.

Berbulan-bulan aku fikir nak menulis semula dalam blog ni, baru ni la sempat nak meluangkan masa.

Pertama sekali, aku rasa bersyukur dapat sambung belajar dekat kolej yang terletak di bandar Kuala Lumpur ni sebab tempat baru ni mengajar aku banyak tentang kehidupan & pentingnya agama sebagai panduan hidup kita.

Terima kasih buat kawan sebilik yang banyak membantu, kak long, kak ngah & kak uda. Semua baik sangat. Memahami. Alhamdulillah.

Masa mula-mula masuk sini, aku agak kekok tengok kawan sebilik yang alim-alim semua. Masa solat, kawan sebilik ajak solat berjemaah. Itu ok lagi. Yang buat aku gelabah, masa aku disuruh jadi imam. Serius, aku tak pernah jadi imam, selama ni jadi makmum sebab aku tak pernah rasa aku layak jadi imam. Rasa jahil. Ya, rasa tak layak langsung tapi kak long cakap dekat aku, "Tak apa, cuba jadi imam."

Alhamdulillah, sejak tu, setiap kali ada kesempatan, kami berempat akan solat berjemaah, bergilir - gilir jadi imam.

Setiap kali lepas solat, kami akan bersalaman & peluk antara satu sama lain, minta maaf sesama sendiri. Kalau ada kelapangan lagi, baca Al-Mathurat sama - sama.

Kak long suka ngaji, hafal Quran & aku sangat suka dengar orang ngaji.

Tergerak hati nak ngaji sama. Hafal surah yang aku mampu. Jadi aku pun usaha buat benda tu.

Mengulang semula surah yang aku dah hafal tu aku cuba untuk jadikan sebagai hobi.

Alhamdulillah, Allah permudahkan.

Sikap aku pun banyak berubah. Dulu pessimist, sekarang dah optimist sikit. Sikit la.

Kawan sebilik selalu cakap, aku seorang yang ceria, sikap yang sangat berlawanan dengan sikap aku sebelum ni.

Aku akui, hari - hari aku rasa bahagia. Bahagia yang mungkin tak sempurna tapi entah kenapa, aku rasa lapang & tenang. Setiap kali bangun pagi mesti aku akan rasa, "Alhamdulillah, hari ni hari baru nak ubah diri jadi lebih baik!" Lepas tu excited nak mulakan hari walaupun ada kelas pagi, walaupun tahu hari tu aku bakal hadap lecturer yang garang, walaupun tahu duit dah nak habis tak cukup nak beli itu ini.

Dekat sini selalu ada announcement untuk sentiasa jaga aurat, tak boleh duduk bersebelahan lelaki & perempuan, jaga adab, akhlak & sebagainya buat aku selalu ingatkan diri sendiri untuk jaga diri. Sampai ke tahap, aku tak berani nak tegur mana -  mana lelaki dekat sini. Nak tengok muka pun malu. Rasa janggal setiap kali lalu sebelah lelaki. Entahlah kenapa tapi memang sejak dulu macam tu mungkin.

Ingat lagi dulu masa zaman bercinta, boyfriend aku duduk depan aku, aku tak pandang muka dia. Aku pergi pandang pokok dekat belakang dia. Serius la, malu. Tegak bulu roma aku. Tak selesa. Tu belum masuk lagi tak keruannya aku kalau duduk dalam bas, sebelah tu lelaki. Gila betul tahap gelabah aku bila berhadapan dengan kaum lelaki sejak dah makin besar ni. Entahlah nak.

Bab aurat, dekat sini tak dibenarkan pakai seluar setiap kali ke kelas. Baju pun at least kena paras lutut, kalau tak, masuk library pun tak lepas. Dari environment yang macam ni, aku biasakan diri jaga aurat dengan lebih baik, biasakan diri pakai handsocks. Nak buat lagi seronok, aku beli handsocks warna-warni ikut baju hehe. Nasib stoking tak ikut colourful sekali. Kalau ya, memang rainbow habislah aku.

Overall, kehidupan dekat sini ajar aku banyak benda. Ubah attitude aku. Aku sangat bersyukur walaupun awalnya aku tak nak berada di sini, walaupun sehingga ke hari ini aku masih gigih pujuk diri sendiri untuk terima course yang aku ambil (memandangkan parents tak setuju aku ambil engineering course).

Allah lebih mengerti sedih aku & mungkin sebab itulah Dia ganti dengan pemberian yang tak ternilai harganya. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Perubahan aku memang tak seberapa, banyak lagi kekurangan & far from perfect. Too far, niat aku bercerita sekadar berkongsi pengalaman baru.

Apa pun, semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan.

Amin.

No comments: