Tuesday, September 8, 2015

Dia toreh hati aku, kenapa aku tak boleh toreh hati dia?

Assalamualaikum

Kita selalu fikir kita ada hak untuk sakitkan hati orang yang sakitkan hati kita. Sebab apa? 

"Sebab dia dah buat aku terluka, kenapa tidak aku pula buat perkara sama?"

"Biar dia rasa apa aku rasa."

"Biar padan muka dia."

Buat yang pernah terfikir sampai macam tu sekali, istighfarlah.


Ada masanya kita lupa, setiap orang yang dihadirkan dalam hidup kita tu bersebab. Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita tu bersebab. Tak ada satu pun perkara yang Allah saja saja takdirkan untuk kita.

Mungkin hadirnya dia yang melukakan kita tu untuk mengingatkan kita agar tidak melakukan perkara yang sama terhadap orang lain memandangkan kita sudah tahu macam mana rasanya dilukai.

Mungkin hadirnya dia yang melukakan kita tu kerana Allah nak tengok tinggi mana sabar kita, kuat mana kita jaga hati kita daripada dicemari dengan rasa dengki & benci terhadap orang lain.

Mungkin hadirnya dia yang melukakan hati kita tu kerana Allah nak tengok, sudah cukup kuatkah kita untuk memaafkan orang lain dalam keadaan diri kita terluka.

Semua akan berbalik kepada hati.

Semua akan berbalik kepada diri kita sendiri.

Indeed it's not what people did to us, it's how we react towards them.

Learn to forgive. Learn to let go of what makes you hurt.

Perhaps they have no other choices than to hurt our hearts.

Perhaps they too, are hurting.

Perhaps they are actually battered more than us.

Pujuklah hati. Baiki diri. Ingat Ilahi.

Moga Allah pelihara.

No comments: