Tuesday, September 15, 2015

Jodoh

Assalamualaikum.

Jodoh.

Perkataan yang boleh buat orang tersenyum sendiri.

Kalau tidak pun, mungkin terdiam fikir perkara yang tak pasti.

Perkataan yang mudah diungkap tapi hakikatnya, rumit bagi kita, manusia yang berbolak - balik hatinya, berbolak - balik perasaannya.

Ramai yang risau bab jodoh ni. Tengok orang lain rasa macam bahagianya mereka ada pasangan, bahagianya mereka yang sudah berumah tangga, tak sunyi, ada peneman, ada buah hati, yang diri sendiri, bukan setakat jodoh, calon jodoh pun tak ada! 

Masa tu mulalah risau takut tak ada siapa nak dekat kita.

Mulalah rasa diri kita tak bagus mana.

Mulalah takut tak kahwin sampai ke tua.


Aku sebagai manusia biasa pun pernah rasa benda sama. Walaupun umur baru 18 tahun. Mungkin sebab kawan sebilik aku, yang sebaya dengan aku dah tunang & akan berkahwin tak lama lagi. Jadi aku pun macam... Aku fikir, bestnya dia dah tunang. Bestnya dah nak kahwin. Bakal suami alim & warak pula tu. Ya Allah untungnya dia, untungnya dia.

Yang aku ni entah ada jodoh dekat dunia entah tidak. Kalau ada entah baik entah tidak. Sedar diri tak baik mana. Macam mana nak dapat yang baik pula kan... 

Tapi hari ni, lecturer aku bagi nasihat yang sangat membantu.

Beliau kata, bab jodoh ni jangan risau sangat. Jodoh kita dah tertulis di Luh Mahfuz sejak dulu lagi. Kalau pun mungkin tak kesampaian nak jumpa jodoh kita dekat dunia, In Shaa Allah kita jumpa dia dekat 'sana' nanti.

Dalam runsing fikirkan jodoh tu, cubalah redakan kerunsingan tu dengan fikirkan nikmat lain yang Allah beri pada kita.

"Kenapa hanya kerana satu nikmat yang Allah hold dulu untuk kita, kita lupakan nikmat - nikmat yang lain yang selama ni kita miliki?"

Masa ni baru aku sedar...

Apa nikmat lain tu?

Kita dapat sambung belajar.

Kita dapat luangkan masa lebih dengan ibu & ayah kita.

Kita dapat luangkan masa lebih dengan adik - beradik kita.

Kita dapat luangkan masa lebih dengan kawan - kawan kita.

Banyak lagi nikmat Allah bagi. Tak terkira.

A042

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Jadi, bersyukurlah & percayalah bahawa setiap takdir yang tertulis untuk kita, itulah yang terbaik buat kita walaupun mungkin nampak macam tak best kalau nak dibandingkan dengan takdir hidup orang lain.

Sesungguhnya manusia itu memang diciptakan berpasang - pasangan. Dalam ramai - ramai manusia ni, ada salah seorang tu tertulis untuk kita. Tak apa la tak jumpa sekarang, mungkin nanti.

Perhaps both of you will meet each other when you're better for each other.

Jadi yang terbaik dulu ok?

Jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita. In Shaa Allah. 

No comments: