Sunday, September 20, 2015

Takdir yang tak 'best'.

Assalamualaikum.

Ada masanya kita mesti pernah rasa takdir hidup kita tak sebaik orang lain.

Tak seuntung orang lain.

Senang kata, tak best.

"Aku nak macam tu, kenapa Allah bagi macam ni?"

"Kenapa Allah bagi dia lebih? Kenapa aku punya kurang?"

Kita asyik mempersoalkan kenapa, kenapa & kenapa.

Istighfar. Kawal diri. Tak elok mempersoalkan takdir.

Cuba baca surah Al-Baqarah ayat 216.


"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." - Al-Baqarah 2:216


Hadam ayat tu.

Ketahuilah & yakinlah bahawa Allah tahu setiap apa yang terbaik buat kita.

Setiap kesukaran yang kita lalui itu ada hikmahnya.

Allah nak kita jadi lebih kuat, lebih matang & lebih baik daripada yang sebelumnya.

Macam mana kita nak jadi kuat kalau selama ini kita tak pernah rasa peritnya diuji?

Macam mana kita nak jadi matang kalau selama ini kita tidak pernah ditimpa masalah?

Macam mana kita nak jadi yang lebih baik kalau selama ini tak ada satu perkara pun yang buat kita rasa ingin berubah menjadi yang lebih baik?

Macam orang yang nak jadi pandai, dia mesti kena tanggung penatnya usaha nak jadi pandai. Kena baca buku, hafal teori, kaji itu & ini sampai tak cukup tidur, tak cukup rehat.

Cuba kalau dia duduk diam, cuma mengharap kepandaian itu datang sendiri, boleh ke dia jadi bijak? Boleh ke kepandaian itu datang bergolek? Tak kan?

Samalah macam dugaan yang Allah beri. Seolah beban yang menjadikan kita kuat.


Ujian itu tanda Allah sayang kita. Allah nak kita sentiasa dekat dengan Dia. Allah nak kita sentiasa ingat Dia. Allah nak kurnia kita syurga (kalau kita bersabar).

Muhasabah diri.

Kembalilah kepada Ilahi.

Kuatkan hati, kuatkan semangat & yakin, walau macam mana susah pun kehidupan, yakinlah yang kita kuat untuk hadapi semua itu.

Allah takkan uji kita lebih daripada kemampuan kita sendiri.

Tajdid niat, jalani segala macam dugaan dalam kehidupan ini Lillahi ta'ala, In Shaa Allah dipermudahkan.

Kalau pun luka itu terlalu dalam, parut lama kembali berdarah, pesan pada diri, pilihan Allah tak pernah salah. Kita terluka bersebab. Parut lama kita berdarah semula pun bersebab. Cekalkan hati.

Allah tak pernah terlepas pandang akan apa yang selama ni kita lalui. Allah tahu betapa kita cuba lalui semua ini. Sabar.

Dia sayang kita.

One more thing, trust me, things will get better, just hold on a little tighter.

Jaga diri. Semoga sentiasa dekat dengan Ilahi.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga dikurnia syurga di 'sana' kelak!

No comments: